Rinbest Frozen Food merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang
ditubuhkan pada 16 November 2012 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
. Secara amnya , nature of
business syarikat ini adalah tertumpu kepada pengeluaran makanan sejuk
beku, secara khususnya kuih-muih tradisional seperti karipap, cucur badak dan
lain-lain. Rinbest Frozen Food menawarkan lebih daripada 30 jenis aneka produk
kuih-muih tradisional sejuk beku di bawah jenama D’Kochet .
Merujuk kepada kajian dan laporan berkaitan industri makanan sejuk
beku, rata-rata membuktikan bahawa potensi pasaran kuih-muih tradisional sejuk beku adalah sangat
lumayan. Sambutan yang menggalakkan ini disebabkan oleh faktor harga yang
berpatutan, menjimatkan masa penyediaan, kesibukan bekerja dan kemudahan untuk
mendapatkan produk di pasaran. Pasaran produk sejuk beku di Malaysia telah dilaporkan
berkembang sebanyak 3.7% setahun, dengan nilaian peningkatan sekitar RM708.5
juta kepada RM846.4 billion sejak 2008 hingga 2013 (rujukan: Euromonitor 2013) dan
dijangka terus mengekalkan pertumbuhan ini di masa hadapan.1
Dalam tempoh 5 tahun sejak perniagaan ini mula dijalankan, pendapatan
syarikat Rinbest Frozen Food telah berjaya mencecah purata RM 500,000 setahun
. Saban hari perniagaan semakin berkembang
maju dan mendapat permintaan yang amat tinggi terutamanya di sekitar negeri
Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Seiring kemajuan , kualiti produk D’Kochet
juga telah diiktiraf oleh badan-badan agensi kerajaan berkaitan justeru diberi
penghormatan dengan beberapa anugerah khas.
Seiiring pertambahan jumlah permintaan produk
yang positif , Rinbest Frozen Food telah mengambil langkah alternatif
menambahkan mesin, peralatan dan menggaji
lebih ramai pekerja bagi meningkatkan kelajuan dan keupayaan penghasilan
produk. Melihat kepada corak perniagaan yang memberangsangkan ini, syarikat
kami yakin bahawa perusahaan kuih-muih tradisional sejuk beku ini amat
berpotensi tinggi untuk meningkatkan lagi ekonomi negara di samping membantu membuka
lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Pada ketika ini, Rinbest Frozen Food menjalankan operasi di sebuah
kilang yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam dengan kekuatan seramai 7 orang
pekerja. Selain kilang, Rinbest Frozen Food juga mempunyai sebuah kedai yang
bertindak sebagai ruang penjualan produk . Berikut merupakan misi dan visi syarikat
ini :
MISI
·
Menjadi pengeluar produk makanan halal, suci lagi bersih untuk
setiap lapisan masyarakat.
VISI
·
Menjadi syarikat pengeluar pelbagai makanan sejuk beku yang berdaya
maju diperingkat nasional & antarabangsa
·
Untuk dikenali mengenai kualiti produk & kepelbagaian produk
sejuk beku
0 comments :
Post a Comment